Choc Chip Cookies Ala Famous Amos

Assalammualaikum..
Hai Semua !!

Korang teruja tak bila baca tajuk dekat atas tu ? Choc Chip Cookies Ala Famous Amos. Tengok je perkataan Famos Amos tu mesti terasa tak sabar & semangat nak cuba buat kan ? Hihii. Serius sedap sangat tau cookies ni. Bau dia je pun dah boleh buat orang terliur. Apatah lagi rasa. 

Choc Chip Cookies Ala Famous Amos

Anak kami gemor sangat. Bila dah mengadap balang tu, tak boleh nak stop makan 
dah. Jangan kata anak, mak pak dia pun ikut sama, ralit mengunyah :D Bagi kami, cookies ni bukan kategori kuih raya la. Tapi boleh masuk dalam kategori biskut raya. Sebab tekstur dia sangat rangup. Tak macam kuih-kuih raya yang kebanyakannya rapuh. Nak bagi anak makan pun tak kisah kat  mana-mana. Atas karpet pun boleh sebab tak kan bersepah. Ha boleh bayang tak macam mana rangupnya Choc Chip Cookies ni. 

Sedap yakmat uolllsss !! :D Bahan-bahan dia pun simple je. Cara buat dia, lagi lah berkali-kali simple. Tak payah nak tekan-tekan acuan, terap guna acuan bagai-bagai tu. Ceduk-ceduk guna sudu je !! Tak sabo aihhh nak tengok resepi !! :D Ok moh ler kiteeee...

BAHAN-BAHAN : 

250g Butter
160g Brown Sugar
1biji Telur A
6sudu besar Minyak masak
1sudu kecil Esen vanilla
1sudu besar Emplex
1sudu kecil Soda bikarbonat
300g Tepung gandum
45g Tepung jagung
1 1/2cawan Choc chip 
1/2cawan Badam cincang (dibakar dahulu)
Nutella secukupnya

Cara Buat Choc Chip Cookies Ala Famous Amos

Resepi Choc Chip Famous Amos

Resepi Choc Chip Cookies Ala Famous Amos

Resepi Choc Chip Cookies

Resepi Choc Chip Cookies

Choc Chip Cookies Ala Famous Amos

Resepi Choc Chip Cookies

Resepi Choc Chip Cookies Ala Famous Amos

CARA-CARA :

1. Dalam 1 mangkuk besar, masukkan butter, brown sugar, esen vanilla & telur. Pukul semua bahan sehingga sebati. 

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit & gaul sehingga sebati. Masukkan pula tepung jagung
& kacau-kacau rata. Tambahkan baking powder, soda bikarbonat & minyak masak. Gaul sebati.

3. Masukkan badam cincang, gaul-gaul sebati. Masukkan choc chip sedikit demi sedikit & gaul-gaul sebati.

4. Balut mangkuk yang berisi adunan tadi dengan plastic wrap atau tutup dengan kain kemudian perapkan dalam peti ais (letak dibahagian bawah sahaja ye) selama 30minit. 

5. Keluarkan adunan dari peti ais & boleh dibentukkan mengikut kreativiti masing-masing. Nak senang ceduk-ceduk guna sudu je. Size jangan terlalu besar sebab bila bakar dia akan mengembang.

6. Ceduk adunan terus letak di atas tray yang dialas dengan baking paper. Letak jangan terlalu rapat sebab adunan akan mengembang bila dibakar.

7. Bakar pada suhu 150-160darjah celcius selama 20-25minit atau sehingga masak. Suhu & masa bergantung pada oven masing-masing. 

8. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan pipekan nutella diatas cookies. Taburkan choc chip atau apa-apa hiasan ikut kreativiti masing-masing. Bakar semula lebih kurang 5minit guna suhu yang sama. Tujuan bakar semula cookies supaya nutella takkan cair.  

9. Sejukkan cookies di atas redai & bila dah betul-betul sejuk boleh terus simpan di dalam bekas kedap udara. 

Siapppp !! Selamat mencuba


TIPS RINGKAS :
  • Pastikan butter berada pada suhu bilik untuk pastikan cookies betul-betul rangup.
  • Badam cincang perlu dibakar sebentar dan pastikan betul-betul sejuk baru masukkan dalam adunan untuk pastikan biskut tahan lama dan tak berbau tengik.
  • Biskut yang baru masak / baru dikeluarkan dari oven, teksturnya sedikit lembik / lembut. Pleassee jangan panik !! :D Jangan ko masukkan semula dalam oven, tambah masa masak. Memang masakkk la cookies ko nanti. Rentunggg !! Biarkan betul-betul sejuk dia akan jadi rangup. 
  • Cara nak tau dah masak ke belum, sila tengok bawah cookies tu, agak-agak dah berkilat keperangan & tak melekat maksudnya dah masak. 

Boleh tengok tutorial penuh kat sini tau : https://youtu.be/wzYK4ukxe1g
Tekan link ni,  percuma je tak payah bayar pun, korang lagi akan dapat banyak info resepi. Best kan ? :D

===.>> Team Kuali Ibu akan menambah resepi dari semasa ke semasa. Sooo, stay tuneee Jangan Lupa Follow, Like & Share semua Laman SocMed kami. Thank Youuuuu !!!









Comments