Resepi Semperit Klasik | Semperit Biskut Raya

Assalammualaikum..
Hai Semua !!

Entri kalini  Kuali Ibu nak share resepi Semperit klasik. Mesti ada antara korang yang tertanya-tanya "semperit klasik ?? yang mana satu semperit klasik ek" Maklumlah sekarang kan dah macam-macam jenis semperit ada. Semperit cheese, semperit susu, semperit 3bahan, macam-macam lagi kan. 

Ok semperit klasik ni semperit yang panjang-panjang tu. Zaman dulu-dulu lagi dah ada semperit klasik ni. Kiranya semperit jenis ni boleh dikategorikan sebagai biskut lajen. Tekstur dia lembut-lembut rangup tapi still mencair bila masuk mulut. Gabungan daripada tepung gandum, tepung jagung & tepung kastard. Sangat sedappp & wangiii !! 




Tiba-tiba termengulit kenangan zaman dolu-dolu, waktu kecik-kecik pergi beraya jalan kaki ramai-ramai dengan kawan-kawan. Bila tuan rumah pelawa makan kuih raya, terus cari ada tak semperit :D Hahaha kenangan sungguh !!
  
Tak susah mana pun sebenarnya nak buat semperit ni. Bahan-bahan dia pun mudah je. Dekat mini market pun ada juaii tak payah susah-susah nak pergi kedai barang-barang bakery. Jom tengok resepi yang super senang ni !!


BAHAN-BAHAN :

250g Buttercup 
100g Gula kastor
1sudu kecil Esen vanilla
160g Tepung gandum
110g Tepung jagung
115g Tepung kastard
Sedikit pewarna (jika perlu)
Coklat Rice sebagai hiasan (ikut kreativiti masing-masing)


CARA-CARA :

1. Dalam satu bekas besar, masukkan butter, gula kastor & esen vanilla. Pukul hingga sebati dan nampak tekstur butter tu agak ringan. Pukul hanya menggunakan whisk atau senduk sahaja ye. 

2. Masukkan tepung gandum, gaul sebati. Dah sebati, masukkan tepung jagung kemudian diikuti dengan tepung kastard. Uli sehingga menjadi doh yang lembut (tak melekat ditangan tapi masih lembut ye). Kalau doh terkeras boleh uli lagi dengan sedikit butter hingga lembut. 

3. Bahagikan doh kepada 2bahagian. Tambahkan pewarna kesukaan pada setiap doh. Uli sehingga pewarna sebati. 

4. Masukkan doh ke dalam acuan dan terap di atas dulang yang dialas dengan baking paper. Terap la lebih kurang 2 - 2.5cm panjang. Terap sehingga adunan habis kemudian taburkan hiasan di atas semperit 

5. Bakar pada suhu 150 - 160 darjah celcius selama 20 - 25minit (suhu oven & masa bakar bergantung pada oven masing-masing ye). 

6. Bila biskut dah masak, keluarkan dari oven dan pindahkan ke atas redai. Tunggu biskut betul-betul sejuk baru boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara. 


TIPS RINGKAS : 

  • Untuk dapatkan hasil yang terbaik, pastikan semua bahan berada pada suhu bilik. 
  • Tekstur semperit klasik ni memang agak rapuh. Kalau nak rangup lagi sikit, boleh tambah tepung ubi dalam 2-3 sudu besar untuk 1 adunan.
  • Pukul butter, gula kastor & esen vanilla hingga sebati dan nampak ringan sahaja. Tak perlu pukul hingga kembang atau berlebihan pukul. Ini akan menyebabkan semperit mengembang apabila dibakar. 
  • Kalau taknak letak pewarna pun boleh. Sila skip step nombor 3. 
  • Panaskan oven terlebih dahulu ye sebelum masukkan biskut (kalau tak nanti semperit klasik korang jadi semperit rentong :D)

Selamat Mencubaaaa !! :D

Boleh tengok tutorial penuh dekat sini https://youtu.be/vhI6p-sitQA   Klik link ni,  percuma je tak payah bayar pun, korang lagi akan dapat banyak info. 

===.>> Team Kuali Ibu akan menambah resepi dari semasa ke semasa. Sooo, stay tuneee Jangan Lupa Follow, Like & Share semua Laman SocMed kami. Thank Youuuuu !!!





Comments