Assalammualaikum..
Hai Semua !!
Sayur Goreng @ Sambal Goreng Jawa - Segelintir masyarakat ada yang menggelarnya Sayur Goreng dan ada juga yang menggelar Sambal Goreng. Kebiasaannya orang yang berketurunan jawa lah yang menggelarnya Sambal Goreng dan ia nya juga berasal dari makanan orang Jawa. Kami ada keturunan Jowo jugak, tapi kami panggil Sayur Goreng :) sebab ianya macam sayur goreng yang lain-lain juga, takde sambal pun di dalamnya :D Tapi terpulang korang lah nak panggil apa pun, yang penting bendanya tetap sama cuma ada dua nama je. Macam korang jugak, nama Khatijah, tapi panggil Dijah, Ijah, nak lagi glemer, Keyti :D ok gurau. Hahaha.
Pada kebiasannya, Nasi Ambeng lah merupakan salah satu menu yang di dalamnya terdapat sayur goreng ni. Namun ianya juga sering menjadi salah satu menu di Hari Raya. Cara penyediaannya sangat lah simple dan cepat. Lebih kurang macam korang nak masak sayur-sayur goreng yang lain la macam sawi goreng ke, kailan goreng ke, kobis goreng ke. Ha samaaa cuma ada tambah satu dua bahan je masa menumis tu. Senang kan :D
Dah, jangan pening-pening sampai tak tidur malam kalau laki ko mintak masakkan sayur goreng ni. Jom tengok resepi yang super simple kat bawah ni.
BAHAN-BAHAN :
2 keping Tempe (dipotong kecil)
2 keping Tauhu Putih (dipotong kecil)
3 biji Kentang size kecil (dipotong kecil)
3 batang Kacang panjang (dihiris nipis)
2 peket Soo hoon
1 peket Fucuk @ Tauhu kering
1 batang Lada besar merah @ hijau (dihiris nipis)
Kicap manis secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS :
*1 biji Bawang besar
*1 ulas Bawang putih
*6 tangkai Cili kering
*1/2 inch Halia
*1 sudu besar Ikan bilis
Rempah 4sekawan
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
CARA-CARA MEMASAK :
1. Kisar bahan yang bertanda (*) kemudian ketepikan dahulu.
2. Goreng tempe, tauhu putih & kentang yang telah dipotong kecil kemudian ketepikan dahulu.
3. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau kemudian masukkan rempah 4sekawan & teruskan menumis sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan garam & serbuk perasa secukupnya ikut kesukaan masing-masing. Kacau-kacau rata.
5. Masukkan tauhu kering, soo hoon, kacang panjang kemudian kacau-kacau rata. Masukkan pula tempe, tauhu putih & kentang yang dah digoreng awal tadi. Kacau-kacau sehingga sebati. Taburkan lada hiris sebagai hiasan. Boleh tutup api.
SIAPPP !!! Ha mudah ke mudah ?? :D
Selamat Mencubaaaa !! :D
Boleh tengok tutorial penuh serta tips-tips ringkas kat sini tau. Klik link ni https://youtu.be/wRCajYj3ZzE , percuma je tak payah bayar pun, korang lagi akan dapat banyak info. Haaa nak ke naakk ?? :D ------------------------------------
===.>> Team Kuali Ibu akan menambah resepi dari semasa ke semasa. Sooo, stay tuneee Jangan Lupa Follow, Like & Share semua Laman SocMed kami. Thank Youuuuu !!!
Youtube Channel : https://www.youtube.com/channel/UC-n_S2YTHckup-ewfD35Z2Q
Facebook : https://www.facebook.com/norfateha.wahid
Instagram : https://www.instagram.com/norfateha_94/?hl=ms
Comments
Post a Comment