Resepi Tart Nenas Kerang Paling Sedap

Assalammualaikum..
Hai Semua !!

Tak lama dah lagi nak tiba hari raya kan. Korang dah buat berapa jenis kuih ? Hihii. Kami setakat ni baru ada 4 jenis kuih, lagi 2 jenis akan menyusul :P Nak dekat raya ni, kedai barang-barang bakery mak aihhhh tudiaaaa beratoqq panjanggg !! Lagi-lagi musim PKP ni, masuk kedai kena ikut turn & dibenarkan masuk hanya beberapa orang sahaja dalam satu-satu masa. Kami pulak jenis yang malas nak beli barang sekaligus. Mana yang nak buat dulu, itu la yang dibeli dulu. Sebab risau kalau penyakit M beso datang menyerang tiba-tiba, sampai expired la barang-barang tu nanti dok dalam box doremon (kami simpan barang-barang bakery, segala jenis tepung, acuan-acuan & lain-lain dalam 1box. Nak apa, cakap je. semua ada :P 

Sebab semua tengah dok sibuk layan sekut raya kuih raya, jadinya kalini Kuali Ibu nak share Resepi Tart Nenas Kerang Paling Sedap !! Sapa je yang tak tahu tart nenas ? Cer kabo sikit..hahah. Tart Nenas ni sangat femes lah kat seluruh Malaysia ni kan & mudah sangat nak dapat. Kiranya kalau ko pregnant lepastu mengidam nak makan tart nenas, laki ko tak lah pening kepala mikir mana nak dapat. Order je dekat bakers-bakers, senang ceghita :P 


Resepi Tart Nenas Kerang | Biskut Raya
Resepi Tart Nenas Kerang | Biskut Raya
Resepi Tart Nenas Kerang | Biskut Raya


Bila tiba musim perayaan, macam cendawan tumbuh lepas hujan orang jual tart nenas ni. Zaman sekarang pulak, macam-macam jenis tart ada. Salah satunya ialah Tart Nenas Kerang. Bukan dalam adunan tu ada kerang ye. Bentuk dia je bentuk kerang. Kalau tart ada rasa kerang, aku pun taknak makan wehh :P Jom kita tengok resepi yang super simple ni. Cara-cara buat dia pun mudah je !!


BAHAN-BAHAN :

250g Butter
25g Gula icing
1biji Kuning telur
1sudu kecil Pewarna kuning lemon
375g Tepung gandum
25g Tepung jagung
Jem nenas secukupnya


CARA-CARA :

1. Pukul butter & gula icing sehingga sebati dan warna butter sedikit cerah. Pukul bahan-bahan menggunakan senduk kayu atau spatula sahaja ye. 

2. Masukkan kuning telur & pewarna kuning lemon. Gaul-gaul sehingga sebati.

3. Masukkan tepung jagung, gaul-gaul sikit bagi sebati kemudian tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan senang dibentuk. Pastikan doh tidak melekat ditangan tetapi teksturnya masih lembut & ringan bila dipegang. Jika adunan terkeras, boleh uli doh dengan sedikit butter sehingga doh menjadi lembut. 

4. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil (terpulang size nak besar mana tapi jangan besar sangat nanti tak muat nak masukkan dalam acuan), leperkan di tapak tangan kemudian masukkan jem nenas. Jem nenas ni sebaiknya dibentukkan bujur-bujur dulu lah supaya senang nak letak dalam doh. 

5. Masukkan doh yang berinti ke dalam acuan. Tekan-tekan manja doh tadi bagi rata ke seluruh acuan. Tekan acuan kemudian keluarkan doh perlahan-lahan. Boleh tengok tutorial penuh kat sini https://www.youtube.com/watch?v=vcPrnt96M-M                    

6. Susun diatas tray yang telah diletakkan baking paper. Jangan susun terlalu rapat ye. Pastikan ada ruang sikit antara satu sama lain sebab nanti bila dibakar, tart akan mengembang sikit. 

7. Sapukan kuning telur diatas tart & sedia untuk dibakar. 
 
          SAPUAN KUNING TELUR :
         * 1biji Kuning telur
         * Sedikit pewarna kuning telur 
            (campurkan kedua-duanya kemudian kacau-kacau rata, sedia untuk disapu atas tart)

8. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit, suhu 170darjah celcius kemudian bakar pada 150 - 160darjah celsius selama 20 - 25minit (ikut pada oven masing-masing ye)

9. Boleh simpan ke dalam bekas kedap udara tapi pastikan tart betul-betul sejuk baru simpan ye. 


Selamat Mencubaaaa !! :D
Boleh tengok tutorial penuh serta tips-tips ringkas kat sini tau https://www.youtube.com/watch?v=vcPrnt96M-M 
Link ni,  percuma je tak payah bayar pun, korang lagi akan dapat banyak info. Haaa nak ke naakk ?? :D

===.>> Team Kuali Ibu akan menambah resepi dari semasa ke semasa. Sooo, stay tuneee Jangan Lupa Follow, Like & Share semua Laman SocMed kami. Thank Youuuuu !!!











Comments