Resepi Sambal Kacang Mudah & Sedap !! Resepi Kuali Ibu

Assalammualaikum...
Hai Semua !! :)

Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Kekal duduk di rumah, santuni keluarga, lakukan aktiviti-aktiviti berfaedah bersama keluarga dan sudah pasti  korang tidak ada masa untuk berasa bosan sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

Masak memasak dan menyediakan hidangan untuk keluarga  juga merupakan salah satu aktiviti yang wajib korang buat di rumah tau sepanjang tempoh PKP ini. So, jom  ramai-ramai follow Kuali Ibu kerana kami akan kongsikan pelbagai jenis resepi lauk-pauk, kuih-muih, kek, roti dan macam-macam lagi lah. Tak rugi tau. Banyak ilmu masakan yang korang akan dapat nanti.

Entri kali ni, nak share resepi Sambal Kacang Pekat Pedas-pedas Manis versi Kuali Ibu. Sebut sahaja tentang "Sambal Kacang" pasti korang akan terfikir tentang "Hari Raya" bukan ? Pada kebiasaannya Sambal Kacang akan menjadi salah satu daripada menu wajib Hari Raya.Namun ianya bukan sahaja boleh dimakan sewaktu Hari Raya, hari-hari biasa juga ramai yang menyediakannya untuk dimakan dengan rojak, satay, kuih udang dan bermacam-macam lagi.

Cara penyediaannya sangatlah mudah dan tidak akan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Jom kita tengok resepi serta cara-cara penyediaannya.

Resepi Sambal Kacang Mudah | Kuah Kacang
Resepi Sambal Kacang Mudah | Kuah Kacang

Jom Maasak Sampai Jadi !! 


BAHAN-BAHAN A :

250g Kacang Tanah (dibasuh bersih & toskan air)
*2 biji Bawang besar
*2 ulas Bawang putih
*1 inch Halia
*1 inch Lengkuas
*Sebatang Serai
1 1/2 senduk Cili kisar

BAHAN-BAHAN B :

4 sudu besar Gula
2 sudu kecil Garam
1 ketul Gula Melaka (size kecil)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Goreng kacang tanah dengan minyak sehingga coklat dan keperangan. Tumbuk kacang bagi hancur dan ketepikan dahulu.

2. Tumis bahan yang bertanda (*) sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak. 

3. Tambahkan gula, garam dan gula melaka secukupnya. Sesuaikan rasa dan tunggu hingga mendidih, boleh terus masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi. 

4. Kacau-kacau rata tunggu sehingga terbit minyak dan boleh lah ditutup api. SIAPPP !! Mudah je kan :) 

Selamat Mencubaaaa !! :D


Boleh tengok tutorial penuh serta tips-tips ringkas kat sini tau https://youtu.be/dlXPUQuO6A8                 
Klik link ni,  percuma je tak payah bayar pun, korang lagi akan dapat banyak info. Haaa nak ke naakk ?? 

===.>> Team Kuali Ibu akan menambah resepi dari semasa ke semasa. Sooo, stay tuneee Jangan Lupa Follow, Like & Share semua Laman SocMed kami. Thank Youuuuu !!!








Comments